Troll A - Largest Gas Platform Ever Made!


Post ni sangat istimewa kerana Pelantar gas yang anda tengok dalam gambar diatas hampir sama tinggi dengan menara KLCC! Pelantar ni berada di North Sea, Norway. Pelantar gas ni adalah yang terbesar didunia dan terbesar pernah dialihkan ke suatu tempat dan telah memcatat rekod dalam Guinness World Records.

Ia dibina pada 1991 dan siap sepenuhnya pada 1996 oleh syarikat pembinaan dari Norway dan sekarang ia dipegang oleh syarikat minyak Statoil. Jumlah ketinggian pelantar gas ni adalah 472 meter atau lebih kurang 1500ft dan mempunyai berat 656,000 tan. Bayangkan!

Dalam keempat-empat kaki pelantar tersebut mempunyai lift yang mengambil masa 9 minit untuk sampai ke bahagian paling bawah. Lihat kesemua video dibawah berkaitan Troll A. Ketebalan kaki pelantar pula 1 meter untuk menampung jumlah tekanan yang sangat tinggi di dasar laut dan ombak yang kuat.

Sumber: Wikipedia





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...