Tragedi Stor Mercun Meletup

Masih ingat kejadian stor mercun meletup sebelum raya bulan lepas yang telah mengorbankan seorang kanak-kana berusia 6 tahun? Berikut adalah sedikit berita tentang bagaimana tragedi tersebut boleh berlaku. Sila baca hingga habis kalau nak tau secara detail.
KUALA TERENGGANU 23 Ogos – Letupan yang meragut nyawa seorang kanak-kanak di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini semalam, dipercayai berpunca cubaan dua pemuda membuat satu ‘mercun gergasi’.
Dua pemuda yang juga cedera parah dalam kejadian itu dipercayai cuba memuatkan sebuah tabung gas peti sejuk dengan belerang sebelum tiba-tiba meletup.
Kedua-duanya merancang untuk meletupkan mercun berkenaan untuk tujuan berseronok pada malam Hari Raya Aidilfitri nanti.
Kejadian dipercayai berlaku sewaktu mereka sedang memasuk dan memampatkan belerang berkenaan di dalam tabung gas itu di hadapan beranda rumah lama tersebut dengan cara memijak.
Malangnya, tindakan itu telah menyebabkan percikan api hingga mencetus letupan kuat dan membunuh Khairil Arif Ayub, 6, yang turut berada di situ.
Sebahagian daripada rumah lama itu turut dipercayai dijadikan setor simpanan mercun dan bunga api.
Dua saksi di tempat kejadian yang merupakan penduduk kawasan sekitar pernah melihat mereka memproses belerang daripada mercun di rumah tersebut.
Seorang daripada mereka yang hanya ingin dikenali sebagai Hashim, berkata, sebelum kejadian, dia sempat melihat dari jauh aksi dua mangsa itu yang bertungkus lumus memasukkan belerang ke dalam tabung gas sebuah peti sejuk rosak.
Hashim yang berusia lewat 40-an dan tinggal di kampung bersebelahan berkata, dia melihat dua lelaki dewasa sedang memijak belerang yang diisi di dalam tabung gas berkenaan.
“Ketika mereka (mangsa) pijak belerang untuk lebih mampat dalam tabung gas, mangsa yang berumur enam tahun berdiri berhampiran,” katanya ketika di tempat kejadian di sini hari ini.
Seorang lagi saksi yang enggan namanya disiarkan turut menyokong apa didedahkan Hashim malah dia difahamkan, tindakan mereka itu dipercayai untuk menyiapkan ‘projek raya’ mereka.
Menurutnya, berbanding sambutan Aidilfitri tahun lalu, mereka dikatakan menyiapkan ‘projek raya’ untuk tahun ini dengan persiapan lebih hebat dan besar.
“Tahun lalu, mereka buat ‘projek raya’ dengan mengisi belerang daripada mercun ke dalam paip ekzos motosikal tapi untuk ‘projek raya’ tahun ini agak berbeza dan mereka cuba buat lebih canggih.
“Kita nampak mereka masukkan belerang ke dalam tabung gas daripada peti sejuk lama yang sudah rosak,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci di tempat kejadian dengan dibantu pegawai dan anggota Unit Forensik dan Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.
Beliau berkata, buat masa ini pihaknya masih belum mengetahui punca sebenar letupan itu namun hasil siasatan awal mendapati ia berlaku di bahagian depan rumah sewaktu mangsa sedang membalut dan mengasingkan mercun untuk dijual.
“Kita belum pasti punca sebenar kejadian atau letupan itu berlaku, kita akan teruskan jalankan siasatan mengenainya,” ujarnya.
Dalam kejadian menggemparkan itu semalam, mayat Khairil Arif ditemui tersangkut di atas pokok pada ketinggian kira-kira 15 meter.
Sumber: mediakini.com

Berikut adalah sedikit gambar ditempat kejadian. Gambar ni diambil semasa hari raya ke2 baru ni.

"Hampir separuh daripada rumah kosong ni hancur"

"Tangga simen pun boleh hancur gak. Bayangkan kuat ke tak letupan tu"

"Rumah ni adalah yang paling hampir dengan tempat kejadian. Habis semua siling pecah disebabkan letupan yang kuat. Sebuah lagi rumah berhampiran pun habis pecah semua tingkap kaca masa hari kejadian"
Ni video yang telah dirakam oleh penduduk kampung semasa hari kejadian. Must See!!!
On

Labels:
Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment